Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pajak Gadai Islam Malaysia (PEGIM) 2026 telah berlangsung pada 30 Jun 2026 pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang di Balai Tan Sri Sheikh, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat.
Perasmian Mesyuarat Agung ke-3 persatuan yang menghimpunkan wakil organisasi yang menjalankan perniagaan Ar-Rahnu tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Irwan Mubarak, Pengerusi Bank Rakyat.
Seramai 30 ahli persatuan telah hadir bagi membahaskan beberapa usul yang dibangkitkan selain menyempurnakan agenda pemilihan jawatan tertinggi dan Ahli Jawatankuasa persatuan.
Ar-Rahnu X’Change merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pajak Gadai Islam Malaysia (PEGIM) bagi penggal 2026 -2028 yang telah diberikan mandat untuk menerajui persatuan.
Mesyuarat agung tersebut turut memuktamadkan barisan jawatankuasa baharu PEGIM bagi penggal 2026-2028:
7) Ahli Jawatankuasa – Peerpular E.M Pakeer Mohd (Koperasi Habib Malaysia Berhad)
Manakala juruaudit dalaman bagi penggal 2026-2028:
2) Juruaudit Dalaman – Saifuddin Sulaiman (Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad)
Pelbagai usul telah dikemukan oleh Bank Rakyat untuk dilaksanakan oleh pihak kepimpinan yang baharu.




Users Today : 27
Users Yesterday : 28
This Month : 321
This Year : 3954
Total Users : 7688
Views Today : 98
Total views : 17147
Who's Online : 1