- Mewujudkan satu garis panduan yang boleh digunapakai oleh ahli-ahli;
- Menyediakan kondisi perniagaan yang sihat tetapi kompetitif dikalangan ahli-ahli;
- Menyediakan informasi terkini berkaitan perniagaan pajak gadai Islam untuk ahli-ahli sebagai pemain industri dan masyarakat;
- Sebagai wakil untuk berkomunikasi dengan kerajaan atau pihak yang terlibat berkenaan dengan perniagaan pajak gadai Islam;
- Memperjuangkan hak-hak ahli dari segi undang-undang untuk membawa perubahan besar kepada ahli;
- Menyatupadukan ahli-ahli untuk kepentingan dan faedah ekonomi ahli-ahli;
- Mengadakan aktiviti-aktiviti untuk semua ahli dan menyelesaikan, jika diminta oleh kedua-dua pihak yang berkenaan, selisih faham yang timbul di antara ahli-ahli;
- Membuat perhubungan dengan badan-badan lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama dengan Pertubuhan bagi kepentingan Pertubuhan;
- Menerbitkan majalah-majalah atau risalah-risalah yang berkaitan dengan perniagaan pajak gadai Islam;
- Menganjurkan program-program berhubung dengan perniagaan pajak gadai Islam; dan
- Menjalankan apa-apa sahaja usaha yang difikirkan baik dan berfaedah bagi mencapai tujuan di atas dengan syarat bahawa ianya tidak menyalahi mana-mana undang-undang.





Users Today : 19
Users Yesterday : 13
This Month : 78
This Year : 3090
Total Users : 6824
Views Today : 42
Total views : 15327
Who's Online : 1