Aktiviti PEGIM

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pajak Gadai Islam Malaysia (PEGIM) 2026

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pajak Gadai Islam Malaysia (PEGIM) 2026 telah berlangsung pada 30 Jun 2026  pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang di Balai Tan Sri Sheikh, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat.

Perasmian Mesyuarat Agung ke-3 persatuan yang menghimpunkan wakil organisasi yang menjalankan perniagaan Ar-Rahnu tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Irwan Mubarak, Pengerusi Bank Rakyat.

Seramai 30 ahli persatuan telah hadir bagi membahaskan beberapa usul yang dibangkitkan selain menyempurnakan agenda pemilihan jawatan tertinggi dan Ahli Jawatankuasa persatuan.

Ar-Rahnu X’Change merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Pajak Gadai Islam Malaysia (PEGIM) bagi penggal 2026 -2028 yang telah diberikan mandat untuk menerajui persatuan.

Mesyuarat agung tersebut turut memuktamadkan barisan jawatankuasa baharu PEGIM bagi penggal 2026-2028:

1) Pengerusi – Tuan Haji Mohamad Azwani Asa’d (Rakyat Management Services Sdn. Bhd.)
2) Naib Pengerusi – Encik Mas Anuar Hisham (Bank Rakyat)
3) Setiausaha – Dato’ Haji Abdul Wahab Hamid (Koperasi Dagang Emas Berhad)
4) Bendahari – Encik Mohd Fadzil Haji Abdul Ghani (Koperasi Media Prima Berhad)
5) Ahli Jawatankuasa – Datin Dr. Jamilah Din (Koperasi Pembangunan Daerah Petaling Berhad)
6) Ahli Jawatankuasa – Wan Farid Imran Wan A.Latif (Maidam Property Sdn Bhd)

7) Ahli Jawatankuasa – Peerpular E.M Pakeer Mohd (Koperasi Habib Malaysia Berhad)

Manakala juruaudit dalaman bagi penggal 2026-2028:

1) Juruaudit Dalaman – Ahmad Salihen Haji Mohd Helmi (Koperasi Pembangunan Tanah Sungei Kelayak Berhad)

2) Juruaudit Dalaman – Saifuddin Sulaiman (Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad)

Pelbagai usul telah dikemukan oleh Bank Rakyat untuk dilaksanakan oleh pihak kepimpinan yang baharu.

Semoga barisan kepimpinan yang diberi mandat terus cemerlang dalam menjunjung agenda PEGIM untuk memperkasakan industri Ar-Rahnu di negara ini.